Monday, 29 May 2017

Jatuh


Mungkin tersilap dalam percaturan sendiri. 
Yang akhirnya menolak untuk aku jatuh sedalam-dalamnya.

Menyukai seseorang yang tak punya rasa yang sama.
Akur?
Hati minta menyerah.
Pasrah.
Tapi jauh di sudut hati masih kemas menyimpan rasa berharap. 

Mereka kata "rapat jangan terlalu rapat. Kadang hati tak kuat. Terjatuh suka"

Oh tuhan.
PadaMu aku bersandar


Monday, 20 February 2017

May be can, but I have to

It rained morning.

Sejuk. Beku. Dingin.

I always wonder if you think about me. I wonder if you are also wondering about how i'am doing. Because i thinking about you a lot. A lot!

I need to lose you. Huks

Takungan


Magnet.


Agaknya aku dilahirnya menjadi sebuah magnet yang paling mudah menarik orang. 

Orang mudah datang menyinggah meluahkan rasa dan aku statik mendengar sambil berkira-kira mahu pergi atau memberikan respons yang aku memahami apa yang diluahkan tanpa gagal. Kadang aku berjaya memberikan jalan penyelesaian yang aku sendiri cipta dari pengalaman diri sendiri mahu pon yang aku dapat dari mana-mana buku or best quote yang aku google tika aku makan. Hehehe... Pitam. 

Tapi selalu pengakhiranya aku sekadar mengangguk dan terus mendengar tanpa memberikan jalan penyelesaiannya.

Dan aku dipuji sebagai pendengar setia dan terbaik. Cheesecake untuk diri sendiri.  Ngeks.

Mereka mungkin nampak aku sebagai sumber inspirasi. Sebagai tempat rujukan. Paling comman sebagai takungan luahan. Tapi mereka tanpa sedar mendikriminasikan diri aku sendiri disitu kerna selayaknya aku lah manusia yang paling memerlukan semangat dan takungan luahan. 

Mana mungkin aku bisa meluahkan rasa ketidakpuasan hati sendiri pada mereka yang kala itu aku tahu mempunyai takungan yang hampir sedalam aku.

Pancit. Pitam dan Pengsan.

Zero Expectation. High Expectation.

Andai negatif kutubnya. Biarlah ia menarik kutub positifnya.

Saturday, 18 February 2017

Open Up


"You have to open up to people"
"Been there, done that"

I want to do that so bad.
I want to open up to people.

I want to tell someone that i'm hurt. I want to show them my scars. I want them to know that i am bleeding. I want to have another shoulder to cry on. I want to someone to calm me down when i was at my breaking point.

But, I'm afraid to do that.

Because I'm afraid that I'll get attached. I'm afraid that I'll clingy to them. I'm afraid that I'll feel like i need them. I'll afraid that i I'll feel like i want them. That shouldn't be.

Because I'm afraid if someday they gonna leave me. I'm afraid if someday they gonna get tired of me. I'm afraid if someday they will get annoyed of me.

It's not like i don't want to open up to people. I do and i did. It just that when i told them everything, I let them know everything. They just done with it.

I want to do it. But, I'm afraid to lose something that gonna make me strong again.

I'm afraid to lose again.

So, it's better to not build hope on people instead of giving it to them and it ends with a heartbreak.

-LS

Monday, 13 February 2017

Percaya


Trust.

Benda paling susah kau nak bina dalam hubungan manusia-manusia.

"Boleh ke saya percaya awak?"

Dia gelak. Lucu barangkali. Masakan ada manusia yang bertanya bagi meletakkan aras kepercayaan dalam diri sendiri.

"Boleh ke saya percaya?". Soalan berulang.

Diam. Lama. Dan masih menanti.

"Ye awak. Boleh. Awak boleh percaya saya".

Dia gelak lagi tapi tawanya sedikit riang berbanding sebelumnya.

Sunday, 5 February 2017

Perempuan


"Mungkin ada benarnya orang cakap, lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik".

"Bila ada apa-apa masalah, dia orang pertama dicari untuk minta pandangan. Hampir segenap aktiviti mesti dikongsi dengan dia".

"Seorang lelaki yang ada perasaan dengan awak memang selalunya akan approach awak. Itu fakta. Tak perlu awak susah-susah nak contact dia untuk raih perhatian. Dia yang datang cari awak. Tapi kalau tak ada tu, walaupun awak dah buat macam-macam, bersedia untuk menerima kenyataan awak berada di alam friendzone. Perlu diketahui, seorang lelaki kalau dia baik dengan awak selalu, memang dia seorang rakan yang baik".

"Lelaki ni kadang kadang dia treat kau nice bukan sebab kau special ke hape tapi sebab memang dia treat semua perempuan macam tu. Jangan nak perasan".

"Kadang-kadang lelaki suka kenakan awak sebab awak 'target mudah' untuk dibuat lawak. Stop spreading things like "dia kacau, ejek-ejek manja sebab dia sebenarnya suka kau",

-confession

Sunday, 29 January 2017

maSa


Kenapa?

Dulu selalu rasa musykil dalam diri. Memang mereka satu family perangai gitu ke? Datang bila perlu, berlalu bila engko dah tak diperlukan. Kejam bukan? Try jugak muhasabah diri sendiri. Cuba dok tepis mainan setan yang duk menghasut suruh tanam rasa benci. Dalam duk tepis tu macam-macam benda duk jadi.

Tak elok overthinking sebab confirm ko duk fikir benda tak elok. Benda jahanam. Benda yang engko dah cuba nak buang. Ehhh... aku rasa aku dah move on tapi mungkin ade lagi tinggal saki baki nostagia lama yang bersepah sepah tapi aku dah tak mahu ingat.

"Haritu aku pergi kenduri sedara dia. Her aunt asked me about you but cannot remember your name. Dat guy diam je". Dalam kawan aku duk bercerita, hati aku cuma terdetik satu benda, Mak dengan ayah dia takde tanya pasal aku ke? Itu yang aku harap aku dapat dengar. Sampai cerita tu abis last-last aku kutuk diri sendiri. Idok la diorang menanya teman lagi.

Memang dah lama sangat aku tak contact mereka di sana. Bukan taknak tapi malas. Malas sebab anak mereka yang satu-satunya tuduh aku macam-macam. Konon aku duk canang cerita adik dia macam-macam, Padahal diri sendiri duk bercerita tapi tak ingat. Hello dude, if aku ni nak bercerita. Bukan sekarang tapi dah lama dulu. Sebab aku masih hormat dekat arwah, aku tak pernah sesekali sampai hati nak cerita apa yang arwah rasa pasal engko masa dia sakit dulu. Apa yang arwah duk luah kat aku sampai adik sendiri sakit pun engko masih duk agungkan orang lain. Ok sorry time tu kau angau. Lupa pulak. Huhuhu...

Aku kenal arwah tak lama. Tapi cukup lama untuk rasa apa dia rasa.

Have a nice day.

Monday, 16 January 2017

Birthday


Dah masuk tahun 2017.
Umur pun dah bergerak 1 angka. Rasa macam makin tua matang! Hahaha...

Terima kasih pada yang wish harijadi. Terima kasih sebab masih istiqamah wish birthday aku tetiap tahun. Moga doa kalian semua dimakbulkan. Amiin...

Acim cakap " zi, birthday kau esok kan?"
"ko ingat cim? dasatlaaaa..."
Acim belanja megi udang galah yang superb kat Puchong.
Acim bagi aku pinjam kereta untuk 3 hari.
Terima kasih Cim.

kau nak apa?
"aku nak iphone"
"ok. Esok kita pergi beli."
Yeayyyyyyyy...
I got it! Terima kasih beb...

"Mira belanja starbuck nak?"
Nakkkkkkkkkk

"Malam ni kita makan ramen nak zi?"
Nakkkkkkkk... apa-apa je ahlina asal kenyang.

Semua aku nak!

Family belanja makan ikan bakar yang sedap kat area batu rakit.
Terima kasih belanja birthday girl.

FY belanja air limau panas
Sebab aku dah makan sebelum jumpa dia.

Masuk office esoknya,
Suhairy duk nyanyi lagu happy birthday sampai satu office dengar.
Aduiiiiii takleh dibendung betuiii tahap malu di situ.
Lagu tu kedengaran sampai sekarang.
Macam rasa umur 9 tahun weyh. Hahahaha...
Kata Aiman "Birthday kan sebulan".
Aikkkkkk... Lemah lutut aku.

Satina whatssap "Nanti datang kuantan aku belanja kek".
"Nak Baskin Robbins boleh?"
"Ok"
"Tapi taknak kongsi dengan asno"
Punya la tinggi tahap kedekut aku. Hahahaha...Ok gurau.

Aku bukan penggemar kek. So aku tak hope orang akan bagi kek.
Tapi aku appreciated pada yang bagi.

Aku lagi peduli untuk lepak mapley
Borak berjam-jam, order air manis sampai la bergelas air kosong lepas tu
diakhiri dengan air tea o peng
yang akhirnya akan tinggal suku
then blah. hahaha...

Korang semua ohsem.

Thank semua yang wish n bagi hadiah.
I luv u so much.
Sayang korang ketat-ketat
XoXo



Sunday, 1 January 2017

2K17


2016
Biarkan yang dah terjadi itu terjadi

2017
Selamat tahun baru, moga tak ada yang datangnya sekejap lalu pergi
Moga hati makin tabah.

Moga kau senantiasa meletakkan Tuhan mendahului setiap kali kau jatuh sayang dan benci
Moga luka lama tak berdarah kembali
Moga hati kau makin tabah



Sunday, 4 October 2015

Instinct



Hari Ahad. Aku masih menempel di Opis. Siapkan kerja yang tak pernah sudah mungkin. 

Minggu yang sangat heavy bagi aku. Macam-macam jadi. Penamat padanya aku terima tawaran kerja untuk dipinjamkan sementara ke HQ. 

Hati aku masih sakit. Masih mencucuk-cucuk. Tuhan je tahu macam mana perasaan sakit tu bawa aku sekarang. Bukan senang kau nak buang perasaan sayang dan bukan senang kau nak buang perasaan benci. Dan bukan senang juga kau nak terima bila orang yang kau percaya dah tikam kau diam-diam.

Ayah telefon semalam dalam keadaan aku masih sebak. Mak telefon selang 10 minit lepas tu. Kawan cakap "instinct orang tua. Dia macam tahu je kau ada masalah dengan anak dia".



Tuesday, 22 September 2015

Gagal


Bicara aku sedikit tegang. 

Jarang berlaku bila berdepan dengan mereka yang aku kurang gemari.

"Boleh aku tanya? Kenapa kau baik sangat dengan dia ye? Kau seolah-olah sanggup lakukan apa saja untuk dia. Kadang-kadang nampak kau lagi lebihkan dia dari diri sendiri. Kau lebih utamakan kemahuan dia berbanding kau sendiri. Weyhhh... aku tak nampak dia hargai kau. Aku nak tanya lagi satu, waktu kau susah dia ada ke?

Gurlppp.. What the pokemon? Aku diam. Otak aku duk hadam siapa yang aku tengah berdepan sekarang. Jujur. Jarang kami berbicara sesuatu yang serius. Dia bukan sesiapa dalam hidup aku untuk campur hal peribadi aku. Sedikit geram tapi aku tak dapat nafikan apa yang dia cakap.

"Kau tak kenal dia. Kau tak boleh cakap macam tu. Kau cuma kenal dia dari apa yang dia tunjukkan tapi bukan keseluruhan hidup dia. Dia mungkin boleh bergelak tawa di depan ramai, tapi aku boleh cakap yang itu semua lakonan untuk menyorok perasaan sebenar. Manusia yang ego, selagi boleh , akan mengelak mempamerkan apa yang mereka rasa. Itu pendapat aku. Kalau aku silap, maknanya aku masih belum cukup kenal dia".

Kawan itu masih mengorek sesuatu dari aku.

"Kenapa kau gaduh dengan dia? Ok! Aku tahu sebab apa. Sebab perempuan tu kan? Entahlah. Aku pun pelik apa yang dia duk pandang perempuan tu. Perempuan tu ada ke masa dia susah? Balik-balik kau jugak dia cari. Yang aku lagi heran, perempuan tu dah kahwin kot. Apa lagi dia nak?"

Aku senyum. "Aku sayang dia macam abang aku. Dia dah aku anggap macam keluarga aku sendiri. Kalau dia salah tafsir apa yang aku zahirkan, terpulang. Sebab rasanya aku tak perlu jelaskan pada semua orang apa yang aku rasa. Entah la... Last-last aku dapat tahu dia tikam belakang aku. Sakit tu, tuhan je tahu."

"Dah la azi. Biarlah orang macam tu. Just move on. Tak kisah la tak kawan dengan orang macam tu. Dia tak berkepentingan pun untuk kau. Kau tu berkepentingan untuk dia. Kau tak rugi apa. Sebaliknya dia yang rugi".

Aku diam. Untuk kali kedua aku dengar nasihat yang sama. Kali pertama dari seorang kawan juga tapi mungkin sedikit rapat berbanding yang ini. Bicara aku sekadar di situ. Aku kurang gemar berbicara sesuatu yang agak peribadi dengan mereka yang kurang aku rapat.

Mungkin sebagai kawan, AKU BELUM CUKUP SEMPURNA UNTUK DIA.

Dah lebih dua bulan kami tak bertegur sapa. Agak lama berbanding sebelum ini. Rindu? Sometimes tapi tidaklah seteruk dulu. Ya. Mungkin sedikit sebanyak aku dah boleh terima hakikat tiada yang kekal dalam dunia ini. Dan mungkin juga sebab aku tahu kali ini jelas apa sebab kami bergaduh. No! Aku tak rasa kami gaduh pun. Entah...




Hahahahahahahahahahhahahahhahahahhaha... Tahniah Ana Asikin sebab dah dapat lesen kereta.  Nanti makin panjang la langkah kau. Lepas ni ada kereta jangan lupa aku lak!

Thursday, 10 September 2015

OgOs


23 Ogos 2015

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ana Asikin. I Love u dear :*

Even aku jarang tunjukkan yang aku prihatin kat hang. Jarang nak pamerkan aku sayang kat hang, tapi tulus dari hati aku, engkau antara sahabat terbaik yang aku pernah ada sekarang.

24 Ogos 2015

It has been almost 1 years since Fariq left us. I still remember him, miss him. Al-Fatihah...

Tuesday, 25 August 2015

Nanti



Aku sepatutnya dah lama tahu.
Yang satu hari nanti dia pasti akan tinggalkan aku
dan semuanya berlagak baik-baik saja.
Satu hari nanti dia pasti akan lupakan suara aku.
Pasti akan lupakan nama aku.
Dan mungkin akan lupa segala kenangan bersama dulu.

Aku sepatutnya telah lama tahu.
Yang satu hari nanti dia pasti akan temui seseorang
yang boleh dia sandarkan bahu,
yang boleh mendengar segala kekusutan jiwanya,
yang akan menjentik rasa cinta di hati dia.
Dan bila saat tu tiba, aku mungkin terlalu asing dalam hidupnya.

Satu hari nanti dia pasti akan tersenyum dan bergelak tawa
tanpa aku lagi di sisi.

Satu hari nanti,
yang pasti akan tiba.

Friday, 14 August 2015

Kawan!


Rata-rata orang menyakinkan aku dan cakap hal yang sama di depan aku.

"Dia tengah bahagia. Nanti mesti dia cari kau balik".

Aku jawab dengan senyuman yang aku sendiri tak reti nak tafsir apa maknanya. 





Thursday, 30 July 2015

Maaf


Blog lama aku dah selamat terkubur. Biarlah apa yang jadi sebelum ini tinggal sejarah dan aku cipta muka baru moga ia menjadi catatan peribadi kekal mulai sekarang. Ada perkara elok biar dia hilang tanpa sesiapa mengingati lagi. 

Sekarang aku lalui hidup dengan bersahaja. Tak perlu tahu siapa benci aku dan siapa suka aku. Jika mereka mahu kekal sebagai kawan, aku juga mohon itu. Tapi jika mereka mahu tinggalkan aku, aku tak menghalang. Bukan pasrah tapi aku redha. Hidup ini tiada yang kekal bukan?

Sejujurnya entry ini di post saat aku mula penat dengan sekeliling. Maaf.