Bicara aku sedikit tegang.
Jarang berlaku bila berdepan dengan mereka yang aku kurang gemari.
"Boleh aku tanya? Kenapa kau baik sangat dengan dia ye? Kau seolah-olah sanggup lakukan apa saja untuk dia. Kadang-kadang nampak kau lagi lebihkan dia dari diri sendiri. Kau lebih utamakan kemahuan dia berbanding kau sendiri. Weyhhh... aku tak nampak dia hargai kau. Aku nak tanya lagi satu, waktu kau susah dia ada ke?
Gurlppp.. What the pokemon? Aku diam. Otak aku duk hadam siapa yang aku tengah berdepan sekarang. Jujur. Jarang kami berbicara sesuatu yang serius. Dia bukan sesiapa dalam hidup aku untuk campur hal peribadi aku. Sedikit geram tapi aku tak dapat nafikan apa yang dia cakap.
"Kau tak kenal dia. Kau tak boleh cakap macam tu. Kau cuma kenal dia dari apa yang dia tunjukkan tapi bukan keseluruhan hidup dia. Dia mungkin boleh bergelak tawa di depan ramai, tapi aku boleh cakap yang itu semua lakonan untuk menyorok perasaan sebenar. Manusia yang ego, selagi boleh , akan mengelak mempamerkan apa yang mereka rasa. Itu pendapat aku. Kalau aku silap, maknanya aku masih belum cukup kenal dia".
Kawan itu masih mengorek sesuatu dari aku.
"Kenapa kau gaduh dengan dia? Ok! Aku tahu sebab apa. Sebab perempuan tu kan? Entahlah. Aku pun pelik apa yang dia duk pandang perempuan tu. Perempuan tu ada ke masa dia susah? Balik-balik kau jugak dia cari. Yang aku lagi heran, perempuan tu dah kahwin kot. Apa lagi dia nak?"
Aku senyum. "Aku sayang dia macam abang aku. Dia dah aku anggap macam keluarga aku sendiri. Kalau dia salah tafsir apa yang aku zahirkan, terpulang. Sebab rasanya aku tak perlu jelaskan pada semua orang apa yang aku rasa. Entah la... Last-last aku dapat tahu dia tikam belakang aku. Sakit tu, tuhan je tahu."
"Dah la azi. Biarlah orang macam tu. Just move on. Tak kisah la tak kawan dengan orang macam tu. Dia tak berkepentingan pun untuk kau. Kau tu berkepentingan untuk dia. Kau tak rugi apa. Sebaliknya dia yang rugi".
Aku diam. Untuk kali kedua aku dengar nasihat yang sama. Kali pertama dari seorang kawan juga tapi mungkin sedikit rapat berbanding yang ini. Bicara aku sekadar di situ. Aku kurang gemar berbicara sesuatu yang agak peribadi dengan mereka yang kurang aku rapat.
Mungkin sebagai kawan, AKU BELUM CUKUP SEMPURNA UNTUK DIA.
Dah lebih dua bulan kami tak bertegur sapa. Agak lama berbanding sebelum ini. Rindu? Sometimes tapi tidaklah seteruk dulu. Ya. Mungkin sedikit sebanyak aku dah boleh terima hakikat tiada yang kekal dalam dunia ini. Dan mungkin juga sebab aku tahu kali ini jelas apa sebab kami bergaduh. No! Aku tak rasa kami gaduh pun. Entah...
Hahahahahahahahahahhahahahhahahahhaha... Tahniah Ana Asikin sebab dah dapat lesen kereta. Nanti makin panjang la langkah kau. Lepas ni ada kereta jangan lupa aku lak!
No comments:
Post a Comment