Sunday, 29 January 2017

maSa


Kenapa?

Dulu selalu rasa musykil dalam diri. Memang mereka satu family perangai gitu ke? Datang bila perlu, berlalu bila engko dah tak diperlukan. Kejam bukan? Try jugak muhasabah diri sendiri. Cuba dok tepis mainan setan yang duk menghasut suruh tanam rasa benci. Dalam duk tepis tu macam-macam benda duk jadi.

Tak elok overthinking sebab confirm ko duk fikir benda tak elok. Benda jahanam. Benda yang engko dah cuba nak buang. Ehhh... aku rasa aku dah move on tapi mungkin ade lagi tinggal saki baki nostagia lama yang bersepah sepah tapi aku dah tak mahu ingat.

"Haritu aku pergi kenduri sedara dia. Her aunt asked me about you but cannot remember your name. Dat guy diam je". Dalam kawan aku duk bercerita, hati aku cuma terdetik satu benda, Mak dengan ayah dia takde tanya pasal aku ke? Itu yang aku harap aku dapat dengar. Sampai cerita tu abis last-last aku kutuk diri sendiri. Idok la diorang menanya teman lagi.

Memang dah lama sangat aku tak contact mereka di sana. Bukan taknak tapi malas. Malas sebab anak mereka yang satu-satunya tuduh aku macam-macam. Konon aku duk canang cerita adik dia macam-macam, Padahal diri sendiri duk bercerita tapi tak ingat. Hello dude, if aku ni nak bercerita. Bukan sekarang tapi dah lama dulu. Sebab aku masih hormat dekat arwah, aku tak pernah sesekali sampai hati nak cerita apa yang arwah rasa pasal engko masa dia sakit dulu. Apa yang arwah duk luah kat aku sampai adik sendiri sakit pun engko masih duk agungkan orang lain. Ok sorry time tu kau angau. Lupa pulak. Huhuhu...

Aku kenal arwah tak lama. Tapi cukup lama untuk rasa apa dia rasa.

Have a nice day.

Monday, 16 January 2017

Birthday


Dah masuk tahun 2017.
Umur pun dah bergerak 1 angka. Rasa macam makin tua matang! Hahaha...

Terima kasih pada yang wish harijadi. Terima kasih sebab masih istiqamah wish birthday aku tetiap tahun. Moga doa kalian semua dimakbulkan. Amiin...

Acim cakap " zi, birthday kau esok kan?"
"ko ingat cim? dasatlaaaa..."
Acim belanja megi udang galah yang superb kat Puchong.
Acim bagi aku pinjam kereta untuk 3 hari.
Terima kasih Cim.

kau nak apa?
"aku nak iphone"
"ok. Esok kita pergi beli."
Yeayyyyyyyy...
I got it! Terima kasih beb...

"Mira belanja starbuck nak?"
Nakkkkkkkkkk

"Malam ni kita makan ramen nak zi?"
Nakkkkkkkk... apa-apa je ahlina asal kenyang.

Semua aku nak!

Family belanja makan ikan bakar yang sedap kat area batu rakit.
Terima kasih belanja birthday girl.

FY belanja air limau panas
Sebab aku dah makan sebelum jumpa dia.

Masuk office esoknya,
Suhairy duk nyanyi lagu happy birthday sampai satu office dengar.
Aduiiiiii takleh dibendung betuiii tahap malu di situ.
Lagu tu kedengaran sampai sekarang.
Macam rasa umur 9 tahun weyh. Hahahaha...
Kata Aiman "Birthday kan sebulan".
Aikkkkkk... Lemah lutut aku.

Satina whatssap "Nanti datang kuantan aku belanja kek".
"Nak Baskin Robbins boleh?"
"Ok"
"Tapi taknak kongsi dengan asno"
Punya la tinggi tahap kedekut aku. Hahahaha...Ok gurau.

Aku bukan penggemar kek. So aku tak hope orang akan bagi kek.
Tapi aku appreciated pada yang bagi.

Aku lagi peduli untuk lepak mapley
Borak berjam-jam, order air manis sampai la bergelas air kosong lepas tu
diakhiri dengan air tea o peng
yang akhirnya akan tinggal suku
then blah. hahaha...

Korang semua ohsem.

Thank semua yang wish n bagi hadiah.
I luv u so much.
Sayang korang ketat-ketat
XoXo



Sunday, 1 January 2017

2K17


2016
Biarkan yang dah terjadi itu terjadi

2017
Selamat tahun baru, moga tak ada yang datangnya sekejap lalu pergi
Moga hati makin tabah.

Moga kau senantiasa meletakkan Tuhan mendahului setiap kali kau jatuh sayang dan benci
Moga luka lama tak berdarah kembali
Moga hati kau makin tabah