Sunday, 29 January 2017

maSa


Kenapa?

Dulu selalu rasa musykil dalam diri. Memang mereka satu family perangai gitu ke? Datang bila perlu, berlalu bila engko dah tak diperlukan. Kejam bukan? Try jugak muhasabah diri sendiri. Cuba dok tepis mainan setan yang duk menghasut suruh tanam rasa benci. Dalam duk tepis tu macam-macam benda duk jadi.

Tak elok overthinking sebab confirm ko duk fikir benda tak elok. Benda jahanam. Benda yang engko dah cuba nak buang. Ehhh... aku rasa aku dah move on tapi mungkin ade lagi tinggal saki baki nostagia lama yang bersepah sepah tapi aku dah tak mahu ingat.

"Haritu aku pergi kenduri sedara dia. Her aunt asked me about you but cannot remember your name. Dat guy diam je". Dalam kawan aku duk bercerita, hati aku cuma terdetik satu benda, Mak dengan ayah dia takde tanya pasal aku ke? Itu yang aku harap aku dapat dengar. Sampai cerita tu abis last-last aku kutuk diri sendiri. Idok la diorang menanya teman lagi.

Memang dah lama sangat aku tak contact mereka di sana. Bukan taknak tapi malas. Malas sebab anak mereka yang satu-satunya tuduh aku macam-macam. Konon aku duk canang cerita adik dia macam-macam, Padahal diri sendiri duk bercerita tapi tak ingat. Hello dude, if aku ni nak bercerita. Bukan sekarang tapi dah lama dulu. Sebab aku masih hormat dekat arwah, aku tak pernah sesekali sampai hati nak cerita apa yang arwah rasa pasal engko masa dia sakit dulu. Apa yang arwah duk luah kat aku sampai adik sendiri sakit pun engko masih duk agungkan orang lain. Ok sorry time tu kau angau. Lupa pulak. Huhuhu...

Aku kenal arwah tak lama. Tapi cukup lama untuk rasa apa dia rasa.

Have a nice day.

No comments:

Post a Comment