Monday, 20 February 2017

Takungan


Magnet.


Agaknya aku dilahirnya menjadi sebuah magnet yang paling mudah menarik orang. 

Orang mudah datang menyinggah meluahkan rasa dan aku statik mendengar sambil berkira-kira mahu pergi atau memberikan respons yang aku memahami apa yang diluahkan tanpa gagal. Kadang aku berjaya memberikan jalan penyelesaian yang aku sendiri cipta dari pengalaman diri sendiri mahu pon yang aku dapat dari mana-mana buku or best quote yang aku google tika aku makan. Hehehe... Pitam. 

Tapi selalu pengakhiranya aku sekadar mengangguk dan terus mendengar tanpa memberikan jalan penyelesaiannya.

Dan aku dipuji sebagai pendengar setia dan terbaik. Cheesecake untuk diri sendiri.  Ngeks.

Mereka mungkin nampak aku sebagai sumber inspirasi. Sebagai tempat rujukan. Paling comman sebagai takungan luahan. Tapi mereka tanpa sedar mendikriminasikan diri aku sendiri disitu kerna selayaknya aku lah manusia yang paling memerlukan semangat dan takungan luahan. 

Mana mungkin aku bisa meluahkan rasa ketidakpuasan hati sendiri pada mereka yang kala itu aku tahu mempunyai takungan yang hampir sedalam aku.

Pancit. Pitam dan Pengsan.

Zero Expectation. High Expectation.

Andai negatif kutubnya. Biarlah ia menarik kutub positifnya.

No comments:

Post a Comment