Blog lama aku dah selamat terkubur. Biarlah apa yang jadi sebelum ini tinggal sejarah dan aku cipta muka baru moga ia menjadi catatan peribadi kekal mulai sekarang. Ada perkara elok biar dia hilang tanpa sesiapa mengingati lagi.
Sekarang aku lalui hidup dengan bersahaja. Tak perlu tahu siapa benci aku dan siapa suka aku. Jika mereka mahu kekal sebagai kawan, aku juga mohon itu. Tapi jika mereka mahu tinggalkan aku, aku tak menghalang. Bukan pasrah tapi aku redha. Hidup ini tiada yang kekal bukan?
Sejujurnya entry ini di post saat aku mula penat dengan sekeliling. Maaf.
No comments:
Post a Comment