Tuesday, 22 September 2015

Gagal


Bicara aku sedikit tegang. 

Jarang berlaku bila berdepan dengan mereka yang aku kurang gemari.

"Boleh aku tanya? Kenapa kau baik sangat dengan dia ye? Kau seolah-olah sanggup lakukan apa saja untuk dia. Kadang-kadang nampak kau lagi lebihkan dia dari diri sendiri. Kau lebih utamakan kemahuan dia berbanding kau sendiri. Weyhhh... aku tak nampak dia hargai kau. Aku nak tanya lagi satu, waktu kau susah dia ada ke?

Gurlppp.. What the pokemon? Aku diam. Otak aku duk hadam siapa yang aku tengah berdepan sekarang. Jujur. Jarang kami berbicara sesuatu yang serius. Dia bukan sesiapa dalam hidup aku untuk campur hal peribadi aku. Sedikit geram tapi aku tak dapat nafikan apa yang dia cakap.

"Kau tak kenal dia. Kau tak boleh cakap macam tu. Kau cuma kenal dia dari apa yang dia tunjukkan tapi bukan keseluruhan hidup dia. Dia mungkin boleh bergelak tawa di depan ramai, tapi aku boleh cakap yang itu semua lakonan untuk menyorok perasaan sebenar. Manusia yang ego, selagi boleh , akan mengelak mempamerkan apa yang mereka rasa. Itu pendapat aku. Kalau aku silap, maknanya aku masih belum cukup kenal dia".

Kawan itu masih mengorek sesuatu dari aku.

"Kenapa kau gaduh dengan dia? Ok! Aku tahu sebab apa. Sebab perempuan tu kan? Entahlah. Aku pun pelik apa yang dia duk pandang perempuan tu. Perempuan tu ada ke masa dia susah? Balik-balik kau jugak dia cari. Yang aku lagi heran, perempuan tu dah kahwin kot. Apa lagi dia nak?"

Aku senyum. "Aku sayang dia macam abang aku. Dia dah aku anggap macam keluarga aku sendiri. Kalau dia salah tafsir apa yang aku zahirkan, terpulang. Sebab rasanya aku tak perlu jelaskan pada semua orang apa yang aku rasa. Entah la... Last-last aku dapat tahu dia tikam belakang aku. Sakit tu, tuhan je tahu."

"Dah la azi. Biarlah orang macam tu. Just move on. Tak kisah la tak kawan dengan orang macam tu. Dia tak berkepentingan pun untuk kau. Kau tu berkepentingan untuk dia. Kau tak rugi apa. Sebaliknya dia yang rugi".

Aku diam. Untuk kali kedua aku dengar nasihat yang sama. Kali pertama dari seorang kawan juga tapi mungkin sedikit rapat berbanding yang ini. Bicara aku sekadar di situ. Aku kurang gemar berbicara sesuatu yang agak peribadi dengan mereka yang kurang aku rapat.

Mungkin sebagai kawan, AKU BELUM CUKUP SEMPURNA UNTUK DIA.

Dah lebih dua bulan kami tak bertegur sapa. Agak lama berbanding sebelum ini. Rindu? Sometimes tapi tidaklah seteruk dulu. Ya. Mungkin sedikit sebanyak aku dah boleh terima hakikat tiada yang kekal dalam dunia ini. Dan mungkin juga sebab aku tahu kali ini jelas apa sebab kami bergaduh. No! Aku tak rasa kami gaduh pun. Entah...




Hahahahahahahahahahhahahahhahahahhaha... Tahniah Ana Asikin sebab dah dapat lesen kereta.  Nanti makin panjang la langkah kau. Lepas ni ada kereta jangan lupa aku lak!

Thursday, 10 September 2015

OgOs


23 Ogos 2015

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ana Asikin. I Love u dear :*

Even aku jarang tunjukkan yang aku prihatin kat hang. Jarang nak pamerkan aku sayang kat hang, tapi tulus dari hati aku, engkau antara sahabat terbaik yang aku pernah ada sekarang.

24 Ogos 2015

It has been almost 1 years since Fariq left us. I still remember him, miss him. Al-Fatihah...

Tuesday, 25 August 2015

Nanti



Aku sepatutnya dah lama tahu.
Yang satu hari nanti dia pasti akan tinggalkan aku
dan semuanya berlagak baik-baik saja.
Satu hari nanti dia pasti akan lupakan suara aku.
Pasti akan lupakan nama aku.
Dan mungkin akan lupa segala kenangan bersama dulu.

Aku sepatutnya telah lama tahu.
Yang satu hari nanti dia pasti akan temui seseorang
yang boleh dia sandarkan bahu,
yang boleh mendengar segala kekusutan jiwanya,
yang akan menjentik rasa cinta di hati dia.
Dan bila saat tu tiba, aku mungkin terlalu asing dalam hidupnya.

Satu hari nanti dia pasti akan tersenyum dan bergelak tawa
tanpa aku lagi di sisi.

Satu hari nanti,
yang pasti akan tiba.

Friday, 14 August 2015

Kawan!


Rata-rata orang menyakinkan aku dan cakap hal yang sama di depan aku.

"Dia tengah bahagia. Nanti mesti dia cari kau balik".

Aku jawab dengan senyuman yang aku sendiri tak reti nak tafsir apa maknanya. 





Thursday, 30 July 2015

Maaf


Blog lama aku dah selamat terkubur. Biarlah apa yang jadi sebelum ini tinggal sejarah dan aku cipta muka baru moga ia menjadi catatan peribadi kekal mulai sekarang. Ada perkara elok biar dia hilang tanpa sesiapa mengingati lagi. 

Sekarang aku lalui hidup dengan bersahaja. Tak perlu tahu siapa benci aku dan siapa suka aku. Jika mereka mahu kekal sebagai kawan, aku juga mohon itu. Tapi jika mereka mahu tinggalkan aku, aku tak menghalang. Bukan pasrah tapi aku redha. Hidup ini tiada yang kekal bukan?

Sejujurnya entry ini di post saat aku mula penat dengan sekeliling. Maaf.